Monday, August 22, 2011

XPDC Gunung Kinabalu Dis 2011

Asalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam 1 Malaysia.

Kepada,

Pengetua/Guru Besar,

Sekolah Negeri Selangor.

Ketua PKG

Negeri Selangor.

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

EXPDC Mendaki Gunung Kinabalu, Sabah.

Anjuran Pusat Kegiatan Guru Rawang,Selangor.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sehubungan dengan ini pihak kami ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa PKG Rawang akan menganjurkan XPDC tersebut seperti ketentuan di bawah :

Tarikh : 30 Nov - 04 Dis 2011

Hari : Rabu - Ahad

Jadual : Lampiran disertakan.

3. Kepada mereka yang berminat untuk menyertai sila buat tempahan dan bayaran awal sebelum 16 September 2011. Pendakian ini hanya melibatkan 15 orang peserta sahaja, oleh itu tempat adalah terhad. Sila buat tempahan dengan cepat. Kami memohon kepada pihak tuan agar dapat menghebahkan makluman ini kepada warga sekolah/kerja tuan.

3. Kerjasama dan sokongan tuan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Azmi Sham Bin Hj. Mohamed ditalian 019-3960685.


--
Azmi Sham b Hj.Mohamed,
Pegawai Teknologi Pendidikan,
PKG Rawang.

BAHAN MUAT TURUN PELBAGAI UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH

Salam,

Sukacita dimaklumkan pihak tuan boleh mendapatkan pelbagai bahan muat turun Unit Kokurikulum
di laman sesawang seperti berikut:


2. Semoga laman ini berguna untuk kemajuan kokurikulum di peringkat sekolah kita semua.

Sekian dimaklumkan.Terima kasih.

Berita Baik


Btpn telah berkongsi maklumat kepada anda semua iaitu

cara Pengiraan Bonus 2011

Sila klik link ini untuk melihat cara-cara pengiraan bonus

http://btpnsel.edu.my/main/2011/08/pengiraan-bonus-2011/

seperti mana yang telah diterima oleh semua kakitangan kerajaan baru-baru ini.

Monday, August 15, 2011

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah

MajLis KhataM Al-QuRan
Peringkat SekolaH

Selasa
16 OgoS 2011
10.30-12.30 ( Tgh Hari )

AnjuRan : PaniTia PenDidikaN IsLaM

Berita Terkini,

SMKSM akan mengadakan Majlis KhataM Al-Quran peringkat Sekolah 2011. Bertempat di Dewan Suluh Bakti, SMK Syed Mashor.

Acara dalaman ini sempena memeriahkan lagi BuLan Ramadan Al-Mubarak.


Tuesday, August 2, 2011

Selamat Menjalani Ibadah Puasa 2011


Kami warga SMK Syed Mashor ingin mengucapkan kepada semua umat islam di seluruh dunia amnya dan khususnya di Malaysia, Selamat Menjalani Ibadah Puasa pada tahun ini. Semoga Ibadah puasa kite akan diterima. Amin..