Thursday, October 23, 2014

Jamuan Akhir Tahun Majlis Pengawas dan Kepimpinan Pelajar sesi 2014


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah satu lagi program telah selamat dilaksanakan. Kali ini admin ingin berkongsi dengan pembaca semua berkaitan dengan Majlis Jamuan Akhir Tahun Pengawas dan Kepimpinan Pelajar SMKSM.

Majlis ini telah diadakan pada 27 September 2014 (Sabtu) pada jam 11.00 pagi - 1.00 petang di Dewan Suluh Bakti. Tujuannya adalah untuk memberikan penghargaan kepada semua pengawas yang telah mencurahkan khidmat bakti kepada sekolah.

Penyampaian sijil kepada AJK Tertinggi Majlis Pengawas, Pengawas Tingkatan 5 dan 6 Atas telah dibuat oleh Pn. Hjh Hafizah binti Khairuddin. Manakala bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) telah disampaikan oleh Pn. hjh. Raudah binti Mustafa.    

Berikut merupakan sedikit rakaman kenangan sepanjang majlis berjalan.                                                              










Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada para jemputan yang hadir. Terima kasih juga kepada orang kuat majlis iaitu Pn. Zarina binti Musa, Pn Saidatul Emy Syahida binti Mohd Nazari dan En. Wan Zulnasri bin Wan mohd kamal yang merupakan guru pengawas pada tahun ini.

Semoga Badan Pengawas dan Kepimpinan Pelajar SMKSM akan terus mantap dan bersemangat serta sentiasa komited dalam menggalas tanggungjawab.

Wednesday, October 15, 2014

Taklimat Kerjaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Buat pembaca setia blog SMKSM, terlebih dahulu admin ingin memohon ampun dan maaf kerana keterlewatan admin dalam mengemaskini blog.

Kali ini admin ingin berkongsi dengan pembaca semua berkaitan program yang telah diadakan sepanjang bulan September yang lalu. Minggu yang sibuk, bulan yang sibuk dan tahun yang sibuk..Pelbagai perubahan telah berlaku. Segalanya ada yang last minute dan sememangnya yang dirancang, Walau bagaimana pun, rakan guru yang hebat, pelajar yang hebat, semuanya berjaya dilaksanakan.

Baiklah, berbalik kepada entri kita kali ini, iaitu berkaitan Taklimat Kerjaya yang telah dianjurkan oleh badan kaunseling sekolah. Taklimat telah berlangsung pada 2 September 2014 oleh En. Asmanieyadi, juga merupakan kaunselor sekolah kita. Taklimat telah diadakan di Dewan Suluh Bakti. Kesemua peserta meliputi pelajar tingkatan 5.

























Monday, October 6, 2014

Majlis Penutupan Hari Kemerdekaan ke-57

Assalamualaikum..salam 1 Malaysia..

Pada 29 Ogos yang lalu, SMKSM telah mengadakan satu Majlis Penutupan Hari Kemerdekaan. Majlis disambut sederhana. Walau bagaimanapun, majlis tetap meriah. Beberapa persembahan dan gimik telah dipersembahkan. Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang bagi semua pertandingan juga turut diadakan. Majlis serba ringkas dan padat ini telah berlangsung seawal 7.30 pagi sehingga 10.00 pagi.

Berikut merupakan beberapa rakaman kenangan sempena majlis tersebut. Jom sama-sama kita saksikan.