Friday, September 30, 2011

PMR Sudah Datang...!!!!

Kami warga SMK Syed Mashor ingin mengucapkan SeLamaT MenJalaNi PeperikSaaN Penilaian

MenengaH RenDaH.. (PMR) 2011 kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan PMR pada tahun ini..

Tahniah Juga kepada Guru-guru SMK Syed Mashor yang telah berjaya dilantik menjadi Pengawas Peperiksaan. Selamat Menjalankan Tugas anda.


Selamat Menjalani Peperiksaan PMR..... !!!!












Usaha.... Doa..... Tawakkal..!!!


GooD Luck..!!!

Monday, September 19, 2011

Majlis Persaraan Pn. Norsiah Dan Sambutan Hari Malaysia

Sekitar Acara Majlis Persaraan PN. Norsiah Dan Sambutan Hari Malaysia yang telah berlangsung pada 15/09/2011 di dewan Suluh Bakti, SMK Syed Mashor.































































Monday, September 12, 2011

Skim Gratuity Untuk Kakitangan Kerajaan

BERITA BAIK UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN YANG AKAN BERSARA!

*Bank Muamalat telah melancarkan skim pembiayaan gratuity untuk kakitangan kerajaan yang akan berpencen

di mana tiada bayaran bulanan dikenakan, kelayakan:

1. 7 tahun sebelum pencen (untuk grad 41 ke atas, iaitu pengurusan dan profesional)

5 tahun sebelum pencen ( untuk grad 40 dan ke bawah ,iaitu staff sokongan)

*Pembiayaan sehingga RM200,000.00

*Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut.

Thanks and Regards,

ROHAIDA BINTI ADAM

PERSONAL FINANCIAL CONSULTANT

BANK MUAMALAT (M) BERHAD | No 9 & 11 Jalan Bandar Baru Rawang 1,

Bandar Baru Rawang

48000 Rawang

SELANGOR DARUL EHSAN

Tel : 03-60921680 / 1681 / 60919046/0104009901

Faks : 03-60921677

Email: pfc.rwn@muamalat.com.my |

Thursday, September 8, 2011

Sambutan Hari Kemerdekaan 2011 & Majlis Perpisahan Pn. Norsiah Bt. Bakri

Sekolah akan mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan 2011 & Majlis Perpisahan PN. NORSIAH BT. BAKRI pada :

Hari : Khamis

Tarikh : 15/09/2011


Kursus Integrasi ICT Dalam P&P Secara Online

Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa Kursus Integrasi ICT Dalam P&P akan diadakan secara dalam talian. Kursus ini boleh disertai oleh semua guru dan akan dikira 3 hari berkursus jika peserta menamatkan kursus dan menghantar pelan tindakan. Kursus ini juga boleh dijadikan sebagai satu aktiviti LDP secara schoolbased. Maklumat lanjut oelaksanaan sila email upp.bpg@gmail.com

Cari tajuk 'Kursus Integrasi ICT dalam P&P secara online'

1. Sila isikan borang pendaftaran kursus
2. Mulakan kursus atas talian
3. Tamat kursus
4. Email Pelan Tindakan yang telah dihasilkan dan maklumat peserta ke
uppg.bpg@gmail.com

* Sijil akan dihantar selepas BPG mendapat Pelan Pengajaran yang telah dihasilkan oleh
peserta *

TAWARAN PERMOHONAN HLP DAN CBBP TB SESI 2012


Tawaran Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Bagi PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH SESI 2012


Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Tajaan Pendidikan (BT), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memberi peluang kepada pemohon yang ingin mengikuti Program HLP dan CBBP TB bagi mengikuti pengajian ke peringkat Kedoktoran Dan Sarjana Sesi 2012..

Sehubungan itu, kerjasama tuan adalah dipohon untuk memaklumkan kepada pegawai tuan yang berkelayakan mengenai perkara tersebut. Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web KPM www.moe.gov.my bermula 16 Ogos 2011 Hingga 16 September 2011. Permohonan dengan dokumen yang telah lengkap hendaklah dihantar ke Unit Latihan dan Kemajuan Staf, JPS sebelum atau pada 29 September 2011

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkenaan perkara ini boleh diajukan kepada Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM di talian 03-8321 7161/7160/7144/7145/7135/7140 atau Unit Latihan Kemajuan Staf, JPS En. Salahuddin di Talian 03-5512 1958


Monday, September 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011 Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 54

Warga SmkSM mengucapkan Selamat Hari raye Aidilfitri kepada semua Umat Islam Di dunia dan umat islam di Malaysia Khususnya..
Selamat Menyambut Hari kemerdekaan Yg ke-54 juga kepada Seluruh Rakyat Malaysia... 1 Malaysia..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011 Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 54

Warga SmkSM mengucapkan Selamat Hari raye Aidilfitri kepada semua Umat Islam Di dunia dan umat islam di Malaysia Khususnya..
Selamat Menyambut Hari kemerdekaan Yg ke-54 juga kepada Seluruh Rakyat Malaysia... 1 Malaysia..

Monday, August 22, 2011

XPDC Gunung Kinabalu Dis 2011

Asalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam 1 Malaysia.

Kepada,

Pengetua/Guru Besar,

Sekolah Negeri Selangor.

Ketua PKG

Negeri Selangor.

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

EXPDC Mendaki Gunung Kinabalu, Sabah.

Anjuran Pusat Kegiatan Guru Rawang,Selangor.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sehubungan dengan ini pihak kami ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa PKG Rawang akan menganjurkan XPDC tersebut seperti ketentuan di bawah :

Tarikh : 30 Nov - 04 Dis 2011

Hari : Rabu - Ahad

Jadual : Lampiran disertakan.

3. Kepada mereka yang berminat untuk menyertai sila buat tempahan dan bayaran awal sebelum 16 September 2011. Pendakian ini hanya melibatkan 15 orang peserta sahaja, oleh itu tempat adalah terhad. Sila buat tempahan dengan cepat. Kami memohon kepada pihak tuan agar dapat menghebahkan makluman ini kepada warga sekolah/kerja tuan.

3. Kerjasama dan sokongan tuan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Azmi Sham Bin Hj. Mohamed ditalian 019-3960685.


--
Azmi Sham b Hj.Mohamed,
Pegawai Teknologi Pendidikan,
PKG Rawang.

BAHAN MUAT TURUN PELBAGAI UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH

Salam,

Sukacita dimaklumkan pihak tuan boleh mendapatkan pelbagai bahan muat turun Unit Kokurikulum
di laman sesawang seperti berikut:


2. Semoga laman ini berguna untuk kemajuan kokurikulum di peringkat sekolah kita semua.

Sekian dimaklumkan.Terima kasih.

Berita Baik


Btpn telah berkongsi maklumat kepada anda semua iaitu

cara Pengiraan Bonus 2011

Sila klik link ini untuk melihat cara-cara pengiraan bonus

http://btpnsel.edu.my/main/2011/08/pengiraan-bonus-2011/

seperti mana yang telah diterima oleh semua kakitangan kerajaan baru-baru ini.

Monday, August 15, 2011

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah

MajLis KhataM Al-QuRan
Peringkat SekolaH

Selasa
16 OgoS 2011
10.30-12.30 ( Tgh Hari )

AnjuRan : PaniTia PenDidikaN IsLaM

Berita Terkini,

SMKSM akan mengadakan Majlis KhataM Al-Quran peringkat Sekolah 2011. Bertempat di Dewan Suluh Bakti, SMK Syed Mashor.

Acara dalaman ini sempena memeriahkan lagi BuLan Ramadan Al-Mubarak.


Tuesday, August 2, 2011

Selamat Menjalani Ibadah Puasa 2011


Kami warga SMK Syed Mashor ingin mengucapkan kepada semua umat islam di seluruh dunia amnya dan khususnya di Malaysia, Selamat Menjalani Ibadah Puasa pada tahun ini. Semoga Ibadah puasa kite akan diterima. Amin..

Monday, January 10, 2011

Selamat Tahun Baru 2011 dan Selamat Datang Pelajar Baru ke SMK SYED MASHOR

Kami warga SMK Syed Mashor mengalu-alukan kedatangan pelajar baru TINGKATAN 1 ke SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED MASHOR BAGI TAHUN 2011...

Dan kepada para pelajar yang lain selamat kembali ke sekolah kami ucapkan... Semoga di tahun baru 2011 ini anda semua akan lebih bersemangat untuk menuntut ilmu di SMK SYED MASHOR.

Dengan adanya guru-guru yang berpengalaman dan berwibawa akan membawa anda semua ke tangga kejayaan.. insyallah..

" SELAMAT MENJALANI SESI PERSEKOLAHAN 2011"

Wednesday, December 1, 2010

Peperiksaan SPM dan STPM 2010 telah bermula..

Kepada semua calon-calon yang menduduki peperiksaan...

Kami warga SMKSM mengucapkan SELAMAT MANJALANI PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2010 DAN SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM) 2010...

Tuesday, October 5, 2010

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN PMR

Peperiksaan PMR sudah bermula pada 05/10/2010 (hari ini) sehingga 12/10/2010 (Selasa)..

Kami sentiasa mendoakan para pelajar yang mengambil peperiksaan PMR pada tahun ini semoga

BERJAYA dan berhati-hati ketika menjawab soalan..

^SELAMAT MENJAWAB DAN SEMOGA BERJAYA^

Monday, September 27, 2010

Lama tidak 'UpDate' blog SMKSM.. Harap Maaf

Oleh kerana kesibukan tidak sempat untuk meng'update' blog sekolah ini.. minta maaf.. blog ini akan di update dr masa ke semasa.

Musim raya pon agak nya tidak habis lg dan warga smksm ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

kepada semua termasuk juga bekas-bekas pelajar serta cikgu yg penah belajar dan mengajar di SMK Syed Mashor.

Terima Kasih.

Monday, March 15, 2010

Sekitar Kejohanan Olahraga SMKSM 2010

Kepada Semua guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam

KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA SMKSM 2010

Di dahulukan dengan ucapan ribuan Terima Kasih kerana sudi menjayakan salah satu Program

Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor bagi tahun 2010.....

GAMBAR SEKITAR BERLANGSUNGNYA KEJOHANAN SMKSM 2010

Friday, March 12, 2010

MAJLIS PERPISAHAN PK HEM PN. HASLINA

Sukacita dimaklumkan bahawa Pihak Pentadbiran Bahagian PK HEM kita PN. Haslina

akan bertukar ke sekolah lain dan akan menamatkan perkhidmatan nya di sekolah ini pada hari ini...

Sambutan Majlis Perpisahan telah diadakan untuk beliau.. Semoga beliau dapat meneruskan Perkhidmatan Di Sekolah Baru dengan CEMERLANG...!!!!!!!!!!

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2009

Pada 11/03/2009...

Iaitu Khamis.. Debaran bekas-bekas pelajar SPM SMKSM tahun 2009 berakhir apabila keputusan

SPM telah pun dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia...

Semua pelajar telah pun datang pada hari berkenaan dengan perasan takut, gembira, semangat menanti keputusan diberikan...

Dan setelah keputusan diterima ditangan.. pelbagai reaksi spontan yang dapat dirakam kan. Ada yang gembira sehingga menangis, ada yg suka, bergelak ketawa dan tidak kurang juga yang kecewa dan memperlihatkan muka yang masam dan menangis...

Kami Warga SMKSM mengucapkan TAHNIAH kepada yang berjaya dan kurang berjaya

"SEMOGA ANDA SEMUA MEMPEROLEH KEJAYAAN DI LUAR SANA DAN TERUSKAN BERUSAHA UNTUK MASA HADAPAN "

Wednesday, March 3, 2010

KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA SMKSM KALI KE-32 TAHUN 2010

ASSALAMUALAIKUM..

Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor akan mengadakan

Kejohanan Sukan Olahraga SMKSM 2010 pada 05 MAC 2010 (JUMAAT) yang di jadualkan bermula pada jam 07:30 pagi..

Di harap kepada semua pihak dapat memberikan kerjasama yang baik agar Kejohanan Sukan Olahraga Sekolah yang di adakan julung-julung kalinya ini berjalan dengan lancar...

Kepada semua pelajar dan atlit-atlit yang mengambil bahagian dapat memberikan kerjasama yang baik semasa berlangsungnya kejohanan ini..

Monday, January 4, 2010

Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2010
















Selamat Menyambut Tahun Baru 2010..

Kami warga SMK Syed Mashor mengucapkan selamat Tahun Baru 2010.

Terutama sekali kepada guru-guru dan para pelajar SMK Syed Mashor dan tidak lupa juga kepada para pelajar Tingkatan 1 yang baru masok mendaftar di SMK Syed Mashor, kami warga SMK Syed Mashor mengucapkan SELAMAT DATANG..

Semoga dengan kehadiran para pelajar baru ini akan lebih memeriahkan lagi SMK Syed Mashor, Batang Kali untuk tahun 2010..

Tuesday, November 3, 2009

Sekitar Majlis Makan Malam Mustikarama

Pada 24 okt 2009,

PIBG Sek Men Keb Syed Mashor telah mengadakan Malam MusAdd Imagetikarama bagi mengutip derma bagi tabung PIBG SMKSM...


Gambar-gambar sekitar Malam Mustikarama




























Friday, October 9, 2009

Peperiksaan Menengah Rendah 2009

Assalamualaikum....

Selamat menjalani Peperiksaan Menengah Rendah PMR 2009,
kepada semua pelajar tingkatan tiga SMK Syed Mashor..


Semoga anda semua beroleh kejayaan.

Selamat menjawab dan Selamat berjaya..

Amin....

Tuesday, September 29, 2009

Selamat Kembali ke Sekolah....

28 September 2009,

Selamat kembali diucapkan kepada warga SMK Syed Mashor... dan Selamat Menjalani rutin harian masing-masing....

Semoga guru dan para pelajar SMK Syed Mashor lebih bersemangat untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran selepas lama bercuti Sempena Hari Raya Aidilfitri..,

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri

Warga Smk Syed Mashor

Mengucapkan kepada semua rakyat Malaysia Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri amnya dan Umat islam khususnya.

Kepada rakan-rakan kita yang mahu pulang menyambut hari raya di harap dapat menyambutnya dengan gembira bersama keluarga tersayang dan berhati-hati di jalan raya...

Pandu cermat Hari raya Gamat...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !!!!!!!!!!

Wednesday, September 16, 2009

Tuesday, September 8, 2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2009

Pada 08 Sept 2009, iaitu hari ini para pelajar tingkatan lima akan menduduki Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2009..
Kami ingin mengucapkan kepada para pelajar tingkatan lima SMK Syed Mashor
SELAMAT MENJAWAB !!!