Tuesday, September 23, 2014

[5 Ogos 2014] Seminar ICT Daerah

Pada 5 Ogos 2014 yang lalu, SMKSM telah menjadi tuan rumah dalam seminar ICT Daerah. Sebanyak 5 buah sekolah di seluruh Hulu Selangor  telah terlibat. Ceramah  disampaikan oleh En. Choo KF, juga merupakan JU ICT Selangor, Pemeriksa Kertas ICT dan Panel Penggubal Soalan ICT Kebangsaan. Berbekalkan pengalaman dan ilmu pengetahuan beliau, seminar telah berjalan dengan sempurna. Wakil PPD, En. Kairul Azhar bin Azmi juga turut hadir dalam seminar tersebut. Alhamdulillah.






Sebahagian peserta sedang mendaftar dan menerima fail.







 Wajah-wajah  guru-guru yang terlibat dalam menjayakan seminar ini.



Wakil PPD, EN. Kairul Azhar b. Azmi bersama Pn. Raudah.

 En. Choo KF, penceramah hebat ICT













Gambaran keseluruhan sepanjang seminar berlangsung.

[16 Jun 2014] Sambutan Hari Lahir Warga SMKSM

Pada 16 Jun yang lalu, satu majlis ringkas telah diadakan sewaktu perhimpunan rasmi sekolah untuk menyambut serta memperingati hari lahir semua warga sekolah yang lahir sepanjang bulan Mei hingga Ogos.


Majlis serba ringkas ini diadakan sebagai tanda kasih sayang pihak sekolah terhadap warganya. Dua buah kek sebagai simbolik telah dipotong oleh wakil guru yang turut meraikan. Nyanyian lagu Selamat Hari Jadi dan Allah Selamatkan Kamu juga turut dinyanyikan. Setiap wakil kelas diminta naik ke pentas untuk menerima kad ucapan hari lahir.





 Antara wakil guru yang turut dirai sedang memotong kek sebagai simbolik.
























Antara wakil pelajar dari setiap kelas yang menerima kad ucapan hari lahir.