Tuesday, July 14, 2009

Hari Anugerah Kualiti Dan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-35

Pada 28 Mac 2009, SMK Syed Mashor telah mengadakan hari anugerah kualiti dan mesyuarat agung PIBG kali ke-35. Antara VIP yang turut dijemput pada mesyuarat kali ini adalah Tn. Hj. Suhaimi B. Rashid dari PPD Hulu Selangor dan sekaligus merasmikan majlis ini





Antara VIP jemputan sempena Hari Anugerah Kualiti Dan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35



Ucapan Daripada Puan Pengetua SMK Syed Mashor
PN. Siti Khalijijah


Kaunter Pendaftaran Pelajar Cemerlang
PMR,SPM & STPM 2008


Pemeriksaan Barisan Pasukan Unit Beruniform Kadet Polis SMK Syed Mashor oleh
Tn. Hj. Suhaimi b. Rashid
PPD Hulu Selangor



Antara Persembahan yang mengisi slot majlis



Sesi Penganugerahan Pelajar PMR, SPM & STPM
2008

Pihak Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini

Gotong Royong Februari 2009

Kepada semua yang telah menjayakan aktiviti gotong royong peringkat sekolah syabas dan terima kasih diucapkan

Aktiviti membersihkan cermin

Kelab Bola Sepak SMK Syed Mashor


Membaiki Wayar Lampu


Mengutip Sampah



Antara pelajar SMK Syed Mashor yang terlibat dalam
aktiviti gotong royong peringkat sekolah



Kerjasama yang baik antara pelajar menjadikan aktiviti ini lebih menyeronokkan

Wednesday, January 21, 2009

15 PELAJAR CEMERLANG PMR 2008 - 7A



Sebanyak 15 orang pelajar telah mendapat keputusan 7A dalam PMR 2008. ( Masih ada 5 pelajar gambarnya tidak dipaparkan.)

12 PELAJAR CEMERLANG PMR 2008 - 8A



Sebanyak 12 orang pelajar telah memperolehi keputusan cemerlang pada PMR 2008 dengan memperolehi 8A. ( Masih ada gambar dua pelajar tidak dipaparkan)

Sunday, January 18, 2009

Selamat Tahun Baru Cina





Saya ingin mengambil kesempatan di sini mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada semua guru dan pelajar cina. Kepada guru dan pelajar yang lain, selamat bercuti selama seminggu..

Wednesday, December 10, 2008

Selamat Cuti Sekolah Akhir Tahun 2008



Selamat bercuti dan balik kampung. Semua pelajar dan guru kenalah jaga dirinya baik baik..

Friday, September 5, 2008

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2008










Kepada pelajar-pelajar SPM 2008 yang dikasihi,selamat menghadapi peperiksaan percubaan SPM yang bermula pada hari khamis ini..semoga dapat menjawab soalan dengan tenang..

Your future is not in
the hand of your teachers..

Your future is in your hands!

Tuesday, September 2, 2008

Selamat menyambut bulan Ramadhan



Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua warga SMK Syed Mashor yang beragama Islam.

Friday, August 29, 2008

Sambutan Kemerdekaan ke 51 Peringkat Sekolah...

Tarikh : 29 Ogos 2008
Tempat : Dewan Suluh Bakti SMK Syed Mashor
Acara : Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah
( Pertunjukan Multimedia, Upacara Perasmian, Pertandingan memasak)






Thursday, August 14, 2008

Kenali Logo Hari Kebangsaan ke-51



Tema : Perpaduan Teras Kejayaan

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Petuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.