Monday, August 22, 2011

XPDC Gunung Kinabalu Dis 2011

Asalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam 1 Malaysia.

Kepada,

Pengetua/Guru Besar,

Sekolah Negeri Selangor.

Ketua PKG

Negeri Selangor.

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

EXPDC Mendaki Gunung Kinabalu, Sabah.

Anjuran Pusat Kegiatan Guru Rawang,Selangor.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sehubungan dengan ini pihak kami ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa PKG Rawang akan menganjurkan XPDC tersebut seperti ketentuan di bawah :

Tarikh : 30 Nov - 04 Dis 2011

Hari : Rabu - Ahad

Jadual : Lampiran disertakan.

3. Kepada mereka yang berminat untuk menyertai sila buat tempahan dan bayaran awal sebelum 16 September 2011. Pendakian ini hanya melibatkan 15 orang peserta sahaja, oleh itu tempat adalah terhad. Sila buat tempahan dengan cepat. Kami memohon kepada pihak tuan agar dapat menghebahkan makluman ini kepada warga sekolah/kerja tuan.

3. Kerjasama dan sokongan tuan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Azmi Sham Bin Hj. Mohamed ditalian 019-3960685.


--
Azmi Sham b Hj.Mohamed,
Pegawai Teknologi Pendidikan,
PKG Rawang.

BAHAN MUAT TURUN PELBAGAI UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH

Salam,

Sukacita dimaklumkan pihak tuan boleh mendapatkan pelbagai bahan muat turun Unit Kokurikulum
di laman sesawang seperti berikut:


2. Semoga laman ini berguna untuk kemajuan kokurikulum di peringkat sekolah kita semua.

Sekian dimaklumkan.Terima kasih.

Berita Baik


Btpn telah berkongsi maklumat kepada anda semua iaitu

cara Pengiraan Bonus 2011

Sila klik link ini untuk melihat cara-cara pengiraan bonus

http://btpnsel.edu.my/main/2011/08/pengiraan-bonus-2011/

seperti mana yang telah diterima oleh semua kakitangan kerajaan baru-baru ini.

Monday, August 15, 2011

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah

MajLis KhataM Al-QuRan
Peringkat SekolaH

Selasa
16 OgoS 2011
10.30-12.30 ( Tgh Hari )

AnjuRan : PaniTia PenDidikaN IsLaM

Berita Terkini,

SMKSM akan mengadakan Majlis KhataM Al-Quran peringkat Sekolah 2011. Bertempat di Dewan Suluh Bakti, SMK Syed Mashor.

Acara dalaman ini sempena memeriahkan lagi BuLan Ramadan Al-Mubarak.


Tuesday, August 2, 2011

Selamat Menjalani Ibadah Puasa 2011


Kami warga SMK Syed Mashor ingin mengucapkan kepada semua umat islam di seluruh dunia amnya dan khususnya di Malaysia, Selamat Menjalani Ibadah Puasa pada tahun ini. Semoga Ibadah puasa kite akan diterima. Amin..

Monday, January 10, 2011

Selamat Tahun Baru 2011 dan Selamat Datang Pelajar Baru ke SMK SYED MASHOR

Kami warga SMK Syed Mashor mengalu-alukan kedatangan pelajar baru TINGKATAN 1 ke SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED MASHOR BAGI TAHUN 2011...

Dan kepada para pelajar yang lain selamat kembali ke sekolah kami ucapkan... Semoga di tahun baru 2011 ini anda semua akan lebih bersemangat untuk menuntut ilmu di SMK SYED MASHOR.

Dengan adanya guru-guru yang berpengalaman dan berwibawa akan membawa anda semua ke tangga kejayaan.. insyallah..

" SELAMAT MENJALANI SESI PERSEKOLAHAN 2011"

Wednesday, December 1, 2010

Peperiksaan SPM dan STPM 2010 telah bermula..

Kepada semua calon-calon yang menduduki peperiksaan...

Kami warga SMKSM mengucapkan SELAMAT MANJALANI PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2010 DAN SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM) 2010...

Tuesday, October 5, 2010

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN PMR

Peperiksaan PMR sudah bermula pada 05/10/2010 (hari ini) sehingga 12/10/2010 (Selasa)..

Kami sentiasa mendoakan para pelajar yang mengambil peperiksaan PMR pada tahun ini semoga

BERJAYA dan berhati-hati ketika menjawab soalan..

^SELAMAT MENJAWAB DAN SEMOGA BERJAYA^

Monday, September 27, 2010

Lama tidak 'UpDate' blog SMKSM.. Harap Maaf

Oleh kerana kesibukan tidak sempat untuk meng'update' blog sekolah ini.. minta maaf.. blog ini akan di update dr masa ke semasa.

Musim raya pon agak nya tidak habis lg dan warga smksm ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

kepada semua termasuk juga bekas-bekas pelajar serta cikgu yg penah belajar dan mengajar di SMK Syed Mashor.

Terima Kasih.

Monday, March 15, 2010

Sekitar Kejohanan Olahraga SMKSM 2010

Kepada Semua guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam

KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA SMKSM 2010

Di dahulukan dengan ucapan ribuan Terima Kasih kerana sudi menjayakan salah satu Program

Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor bagi tahun 2010.....

GAMBAR SEKITAR BERLANGSUNGNYA KEJOHANAN SMKSM 2010

Friday, March 12, 2010

MAJLIS PERPISAHAN PK HEM PN. HASLINA

Sukacita dimaklumkan bahawa Pihak Pentadbiran Bahagian PK HEM kita PN. Haslina

akan bertukar ke sekolah lain dan akan menamatkan perkhidmatan nya di sekolah ini pada hari ini...

Sambutan Majlis Perpisahan telah diadakan untuk beliau.. Semoga beliau dapat meneruskan Perkhidmatan Di Sekolah Baru dengan CEMERLANG...!!!!!!!!!!

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2009

Pada 11/03/2009...

Iaitu Khamis.. Debaran bekas-bekas pelajar SPM SMKSM tahun 2009 berakhir apabila keputusan

SPM telah pun dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia...

Semua pelajar telah pun datang pada hari berkenaan dengan perasan takut, gembira, semangat menanti keputusan diberikan...

Dan setelah keputusan diterima ditangan.. pelbagai reaksi spontan yang dapat dirakam kan. Ada yang gembira sehingga menangis, ada yg suka, bergelak ketawa dan tidak kurang juga yang kecewa dan memperlihatkan muka yang masam dan menangis...

Kami Warga SMKSM mengucapkan TAHNIAH kepada yang berjaya dan kurang berjaya

"SEMOGA ANDA SEMUA MEMPEROLEH KEJAYAAN DI LUAR SANA DAN TERUSKAN BERUSAHA UNTUK MASA HADAPAN "

Wednesday, March 3, 2010

KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA SMKSM KALI KE-32 TAHUN 2010

ASSALAMUALAIKUM..

Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor akan mengadakan

Kejohanan Sukan Olahraga SMKSM 2010 pada 05 MAC 2010 (JUMAAT) yang di jadualkan bermula pada jam 07:30 pagi..

Di harap kepada semua pihak dapat memberikan kerjasama yang baik agar Kejohanan Sukan Olahraga Sekolah yang di adakan julung-julung kalinya ini berjalan dengan lancar...

Kepada semua pelajar dan atlit-atlit yang mengambil bahagian dapat memberikan kerjasama yang baik semasa berlangsungnya kejohanan ini..

Monday, January 4, 2010

Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2010
















Selamat Menyambut Tahun Baru 2010..

Kami warga SMK Syed Mashor mengucapkan selamat Tahun Baru 2010.

Terutama sekali kepada guru-guru dan para pelajar SMK Syed Mashor dan tidak lupa juga kepada para pelajar Tingkatan 1 yang baru masok mendaftar di SMK Syed Mashor, kami warga SMK Syed Mashor mengucapkan SELAMAT DATANG..

Semoga dengan kehadiran para pelajar baru ini akan lebih memeriahkan lagi SMK Syed Mashor, Batang Kali untuk tahun 2010..

Tuesday, November 3, 2009

Sekitar Majlis Makan Malam Mustikarama

Pada 24 okt 2009,

PIBG Sek Men Keb Syed Mashor telah mengadakan Malam MusAdd Imagetikarama bagi mengutip derma bagi tabung PIBG SMKSM...


Gambar-gambar sekitar Malam Mustikarama




























Friday, October 9, 2009

Peperiksaan Menengah Rendah 2009

Assalamualaikum....

Selamat menjalani Peperiksaan Menengah Rendah PMR 2009,
kepada semua pelajar tingkatan tiga SMK Syed Mashor..


Semoga anda semua beroleh kejayaan.

Selamat menjawab dan Selamat berjaya..

Amin....

Tuesday, September 29, 2009

Selamat Kembali ke Sekolah....

28 September 2009,

Selamat kembali diucapkan kepada warga SMK Syed Mashor... dan Selamat Menjalani rutin harian masing-masing....

Semoga guru dan para pelajar SMK Syed Mashor lebih bersemangat untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran selepas lama bercuti Sempena Hari Raya Aidilfitri..,

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri

Warga Smk Syed Mashor

Mengucapkan kepada semua rakyat Malaysia Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri amnya dan Umat islam khususnya.

Kepada rakan-rakan kita yang mahu pulang menyambut hari raya di harap dapat menyambutnya dengan gembira bersama keluarga tersayang dan berhati-hati di jalan raya...

Pandu cermat Hari raya Gamat...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !!!!!!!!!!