Wednesday, December 10, 2008

Selamat Cuti Sekolah Akhir Tahun 2008



Selamat bercuti dan balik kampung. Semua pelajar dan guru kenalah jaga dirinya baik baik..

Friday, September 5, 2008

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2008










Kepada pelajar-pelajar SPM 2008 yang dikasihi,selamat menghadapi peperiksaan percubaan SPM yang bermula pada hari khamis ini..semoga dapat menjawab soalan dengan tenang..

Your future is not in
the hand of your teachers..

Your future is in your hands!

Tuesday, September 2, 2008

Selamat menyambut bulan Ramadhan



Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua warga SMK Syed Mashor yang beragama Islam.

Friday, August 29, 2008

Sambutan Kemerdekaan ke 51 Peringkat Sekolah...

Tarikh : 29 Ogos 2008
Tempat : Dewan Suluh Bakti SMK Syed Mashor
Acara : Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah
( Pertunjukan Multimedia, Upacara Perasmian, Pertandingan memasak)






Thursday, August 14, 2008

Kenali Logo Hari Kebangsaan ke-51



Tema : Perpaduan Teras Kejayaan

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Petuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Wednesday, August 13, 2008

Saudara Mohamad Arief bin Othman




Saudara Mohamad Arief bin Othman menjadi kebanggaan sekolah dan beliau berjaya menaikkan nama sekolah di peringkat kebangsaan.

Johan Pidato Hasil Peringkat Kebangsaan 2008



Di bawah pimpinan dan bimbingan Puan Pengetua, guru kelas dan guru BM, Saudara Mohamad Arief bin Othman berjaya menjadi Johan Pidato Hasil Peringkat Kebangsaan 2008.

Monday, August 11, 2008

Barisan AJK Kelab Guru 2008

Operasi Khas 2008




Barisan AJK Sidang Redaksi 2008

Johan Pidato LHDN Peringkat Negeri Selangor 2008



Saudara Mohamad Arief bin Othman

1) Johan Pidato BPR BM Peringkat Daerah Hulu Selangor 2008
2) Johan Pidato LHDN Peringkat Daerah Hulu Selangor 2008
3) Johan Pidato LHDN Peringkat Negeri Selangor 2008


Tahniah diucapkan kepada Saudara Mohamad Arief kerana berjaya mengharumkan nama sekolah Syed Mashor di peringkat kebangsaan. Diharap kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada semua pelajar di SMK Syed Mashor untuk terus berjaya.

Juara Pidato BPR BI Hulu Selangor


Saudari Nur Hidayah Muhamad

1) Johan Pidato BPR Bahasa Inggeris Hulu Selangor
2) Naib Johan Pidato Hasil Peringkat Hulu Selangor
3) Tempat ke-3 Pidato BPR Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Selangor

Tahniah diucapkan dan diharap dapat mengekalkan lagi kecemerlangan kepada sekolah SMK Syed mashor.

Tuesday, April 29, 2008

LOGO RASMI KELAS KRK SMK SYED MASHOR



Logo in telah dilancarkan oleh Pn Pengetua.