Tuesday, December 23, 2014

Penyerahan Keputusan PT3 2014

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Keputusan PT3 telah pun keluar, tahniah diucapkan kepada mana-mana pelajar yang telah berjaya merangkul A bagi semua subjek.
 
Kepada yang tidak berjaya, jadikan peperiksaan kali ini sebagai pendorong dan semangat untuk menjadi lebih berjaya di masa hadapan.

Jom sama-sama kita saksikan beberapa rakaman kenangan sekitar penyerahan itu.













Mesyuarat Guru SMKSM bil 1/2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Tirai baru semakin dibuka, pada 22 Disember 2014, telah berlangsungnya mesyuarat guru bil 1/2015.. maka dengan ini, bermulalah langkah pertama bagi semua guru.

Cepat benar putaran waktu. Baru sahaja tirai 2014 ditutup, kini tirai 2015 pula bakal dibuka. Segala tugas dan tanggungjawab telah diserah. Kepada semua guru, ayuhlah kita berganding tenaga demi SMKSM tercinta..

Semoga 2015 memberi sinar kecemerlangan dan kejayaan..
















Tahniah atas lantikan pengerusi kelab guru 2015, En. Wan Zulnasri dan sekalung penghargaan buat Pn. Ainon Jamilah selaku pengerusi kelab guru 2014..



Sunday, December 7, 2014

happy holiday warga SMKSM

Assalamualaikum, salam sejahtera..

Admin singgah sekejap, ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga SMKSM...sedar tidak sedar, sudah 2 minggu sekolah bercuti...

Bercutilah wahai pelajar..bercutilah wahai guru..
tenangkan minda, tenangkan emosi..sesungguhkan banyak lagi cabaran yang kita semua bakal lalui di hari mendatang..semoga kita semua terus sukses..

Jaga diri, jaga peribadi..
sehingga berjumpa lagi di bulan Januari ini..InshaAllah..