Sunday, January 15, 2012

PELAJAR-PELAJAR TERBAIK PMR 2011

TAHNIAH!!!!




Apa ada pada NAMA
Jika tidak diberi MAKNA
Apa ada pada BUDI
Jika diri sendiri MATI
Apa ada pada GURU
Jika diri sendiri KELABU
Apa ada pada VISI
Jika tidak kita sendiri HARGAI
Apa ada pada MISI
Kalau kita sendiri SANGSI

Segalanya bermula....
Dari DIRI KITA SENDIRI

Ada HATI
Ada BUDI
Ada POTENSI
SEMUANYA MENJADI.

PENDAFTARAN PELAJAR SESI 2012

ISNIN, 2 Januari 2012, Jam 8.30 pagi...



Pendaftaran pelajar sesi 2012 telah diadakan pada Isnin 02/01/2012 bersamaan cuti Tahun Baru 2012. Pendaftaran Pelajar berjalan dengan jayanya memandangkan bilangan ibu bapa dan pelajar yang hadir adalah amat memberansangkan mungkin disebabkan Cuti Umum tersebut. Sesi Taklimat telah dijalankan oleh Ketua Guru Kaunseling , En Abd. Razak B. Yusoff. Tiada halangan atau masalah yang berlaku sepanjang sesi pendaftaran berlangsung. Alhamdulilah, respon yang diterima dari ibu bapa dan pelajar juga menunjukkan mereka berpuas hati dengan layanan yang diberikan.






































MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2012

SELASA, 27 Disember 2011, Jam 8.30 Pg....

Mesyuarat guru telah diadakan pada 27 /11/2011 bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Syed Mashor. Mesyuarat Guru Kali Pertama 2012 berlangsung seperti dirancangan mulai jam 8.30 pagi. Memandangkan ia adalah mesyuarat kali pertama sebelum pembukaan sesi persekolahan 2012 maka kehadiran semua guru adalah diwajibkan.
Ucapan Pengetua, Pn.Hjh Siti Khalijijah Bt Hj Hassan membuka tirai mesyuarat. Dalam ucapan sulungnya, beliau menerangkan perancangan sekolah bagi tahun 2012 di samping mengimbas kembali kejayaan-kejayaan yang telah dicapai pada tahun 2011. Antara lain yang dibentangkan ialah senarai nama dan peranan jawatankuasa tertentu bagi tahun 2012.








Guru baru SMK Syed Mashor, En.Mohd Shamsuri B. Mohd Pakharazi


Guru Baru Smk. Syed Mashor, Pn. Norsyawaliah Bt Dau


Pengerusi Kelab Guru Dan Kakitangan (KGK) yang baru
Pn.Mariana Bt Tajuddin


Penerangan oleh wakil Koperasi CUEPAS...