Sunday, December 18, 2011

Ulasan Orang Yang Pergi Taklimat SBPA

INI ULASAN KAKITANGAN YG HADIR TAKLIMAT PEMINDAHAN GAJI SBPA SILA BACA DEMI KEBENARAN...DAN KEADILAN SOALNYA BETULKAH????????????? KALAULAH BETUL ..KASIHANLAH KAKITANGAN YG LEBIH SENIOR..... Salam...
Saya baru dengar taklimat. Pada dasarnya, saya lihat ada positif dan negatif.

Yang negatif setakat ini:
1. Exit Policy (Tapi x boleh komen sebab x jelas)
2. Permindahan gaji; Daripada SSM ke SBPA.

>> Dalam hal ini saya dapati;
Cth : Gred 41
a) Seniur1 : P1T13 = RM2726 (SSM)
b) Seniur2 : P1T12 = RM2635 (SSM)
c) Junior : P1T11 = RM2544 (SSM)

Mengikut KAEDAH Pemindahan GAJI SSM ke SBPA adalah seperti berikut:

Apabila dipindahkan 1 tangga
ke hadapan (SSM)di dapati gaji
mereka adalah seperti berikut;

a) Seniur1 : P1T13 = RM2817 (SSM)
b) Seniur2 : P1T12 = RM2726 (SSM)
c) Junior : P1T11 = RM2635 (SSM)

Nota : SSM ditanda **

Mengikut kata pemberi taklimat, apabila dipindahkan ke SBPA, gaji ini akan naik ke tangga gaji yang terhampir dan tertinggi. Jadi disahkan oleh pemberi taklimat, gaji SBPA mereka adalah seperti berikut:

a)Seniur1 : P1TX = RM2850 (SBPA)
b)Seniur2 : P1TX = RM2850 (SBPA)
c)Junior : P1TX = RM2850 (SBPA)
Perbezaan kenaikan (SSM** - SBPA)
a)Seniur1 : Naik RM33 (SBPA)
b)Seniur2 : Naik RM124 (SBPA)
c)Junior : Naik RM215 (SBPA)
Pemberi taklimat kata, JPA paham perkara ini. Justeru itu, kenaikan gaji mereka dipisahkan mengikut bulan adalah seperti berikut:
a)Seniur1 : Naik bln JAN (SBPA)
b)Seniur2 : Naik bln APR (SBPA)
c)Junior : Naik bln JUL (SBPA)
Seniur1 akan naik dahulu. Perjumlahan setahun membezakan mereka.
Tapi, tunggu dulu, gaji mereka akan
naik lagi mengikut KGT, maka gaji mereka sebenar adalah;
(Tahun 2012, dinaikan lagi gaji mengikut KGT SBPA mengikut gred)

Jadi...
a)Seniur1 : P1TX = RM3060 (SBPA)
>> GAJI pada bln JAN
b)Seniur2 : P1TX = RM3060 (SBPA)
>> GAJI pada bln APR
c)Junior : P1TX = RM3060 (SBPA)
>> GAJI pada bln JUL
Kita lupakan KGT SBPA & SSM (Sebab semua sama). Mari kita lihat jumlah sebenar mereka dapat pada tahun 2012;

a)Seniur1 : Naik RM33 X 12 bln =RM396(setahun)
>>Mula JAN

b)Seniur2 : Naik RM124 X 9 bln = RM1116(setahun)
>>Mula APR

c)Junior : Naik RM215 X 6 bln =RM1290(setahun)
>>Mula JUL

Di sini, didapati Junior 3 tahun berbanding senior mendapat lebih hampir seribu setiap tahun selagi mereka kekal dalam gred yang sama dan TPG sama.Saya harap sangat kiraan saya salah. Tapi macam betul sebab pemberi taklimat kata, biasalah ada untung n rugi.

SYOR:MEREKA perlu dinaikkan dalam amaun yang SAMA. Jangan dikurangkan JUNIOR. Jadikan JUNIOR sebagai benchmark kepada JUMLAH kenaikan SENIOR. Biarlah kita dapat sama2. Saya percaya, bukan GRED 41 sahaja, tapi ia merangkumi semua GRED dan yang LANGGAR DINDING BESI...
Dipohon, KESATUAN mengambil perhatian dan tindakan.DIdahulukan dengan harapan dan terima kasih.
Semoga PA berpuashati dengan SBPA dan SBPA menjadi titiktolak SEMANGAT KITA seiring dengan SWASTA.

Saturday, December 17, 2011

Persediaan Menjelang 2012

27 Dis 2011 (Selasa) - 8.30am Mesyuarat Guru 1/2012

28 Dis 2011 (Rabu) - 8.30am Mesyuarat Kurikulum 1
-12.30pm Kursus dalaman BI

29 Dis 2011 (Khamis) - 8.30am Mesyuarat HEM 1
-11.30am Mesyuarat Guru Tingkatan 1

30 Dis 2011 (Jumaat) -8.30am Mesyuarat Kokurikulum

2 Jan 2012 (Selasa) -8.30am Pendaftaran Murid 2012

4 Jan 2012 (Rabu) - Sesi Persekolahan 2012 bermula

SBPA5 - CARA MUDAH PINDAH GAJI SSM KE SBPAA 2012

Bagi Guru DG44 rujuk kepada Jadual Bracketting DG1-2
Bagi Guru DG41 rujuk kepada Jadual Bracketting DG1-1

Sebagai Contoh :

Nama Guru : Guru A
Tangga Gaji SSM 2011 : DG44 P1T8
Gaji Pada SBPA 2012 : DG1-2 T6 ( Rujuk Jadual Bracketting Dg1-2)
Tarikh Pergerakan Gaji: 1 Jan ( Rujuk Jadual Bracketting Dg1-2)
Gaji SBPA selepas TPG : DG1-2 T7 ( Pada 1 Jan 2012 )

* Disebabkan guru ini mempunyai TPG pada 1 Januari, maka gaji guru
ini pada 1 Januari 2012 ialah DG1-2 T7

SBPA4 - CARA PEMINDAHAN GAJI DG41 ke DG1-1


SBPA3 - CARA PEMINDAHAN GAJI DG44 ke DG1-2


Thursday, December 15, 2011

Monday, December 12, 2011

SBPA1 - KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN 2012





Guru boleh muat turun files powerpoint ini untuk melihat SBPA 2012 dengan lebih jelas
http://www.mediafire.com/?efmmabcmzc84sse.

Saturday, December 10, 2011

Awas..Jangan Tertipu..

Awas....

Pengalaman mangsa.....

Modus Operandi:

1. Mangsa terima panggilan daripada no +60321677722 yang mengatakan bahawa panggilan dibuat daripada MBF. Mangsa dikatakan telah membuat transaksi kad kredit di Singapore berjumlah RM9000. Mangsa juga diyakinkan dengan bahawa nama penuh dan no kad pengenalan mangsa adalah benar seperti dalam rekod mereka. Mangsa panik dan menafikan transaksi tersebut. Pemanggil cuba menenangkan mangsa kononnya kes akan dirujuk ke Bank Negara untuk tindakan susulan dan mangsa diminta bersedia.

2. Mangsa terima panggilan daripada +326988044. No dipaparkan pada telefon bimbit mangsa adalah sama seperti no telefon Bank Negara. Pemanggil memaklumkan bahawa rekod perbualan akan dirakam untuk tujuan pengumpulan bukti yang akan dibawa ke mahkamah. Mangsa diminta mengemukakan maklumat yang dikehendaki seperti no kad kredit, no kad atm dan sebagainya. Pemanggil begitu profesional sehingga mangsa terpedaya. Pemanggil juga memberi khidmat nasihat supaya perkara sebegini tidak berulang lagi. Mangsa dimaklumkan kononnya kebocoran maklumat berpunca daripada maklumat yang ada dalam pita magnetik pada kad telah bocor kepada pihak ketiga. Mangsa diminta menunggu panggilan seterusnya daripada pihak teknikal Bank Negara untuk tujuan tetapan semula pada kad atm milik mangsa.

3. Mangsa terima panggilan daripada +60327884722 yang mengaku pegawai Bank Negara untuk membantu mangsa membuat tetapan semula. Mangsa diminta pergi ke mesin atm untuk membuat tetapan. Mangsa juga diugut supaya menyegerakan tindakan tersebut kerana pemanggil perlu menyegerakan kes ini untuk dibawa ke mahkamah. Mangsa diminta memaklumkan baki setiap akaun berdasarkan kad atm masing-masing. Pemanggil begitu profesional dan memberi arahan supaya pindahan sementara perlu dibuat kerana Bank Negara akan menggantung akaun mangsa selama 3 hari sementara siasatan dibuat. Akur dengan arahan dan yakin bahawa kes ini dapat diselesaikan, wang mangsa dipindahkan ke akaun seorang berbangsa Cina. Mangsa dimaklumkan bahawa akaun tersebut adalah akaun peguam yang akan memegang amanah sementara kes ini disiasat. Wang akan dikembalikan kepada akaun mangsa selepas siasatan selesai. Sebenarnya penipuan telah berlaku.

Kenapa mangsa tertipu:

1. Mangsa diugut muflis
2. No telefon yang digunakan adalah no samaran. Panggilan dibuat mengguna VOIP seperti Yahoo Messenger/Skype. Bukan sekadar no telefon Bank Negara, malah no telefon Kementerian yang ada di Malaysia boleh disamarkan. Mangsa terpedaya walaupun membuat semakan.
3. Mangsa panik dan apabila transaksi dibuat menerusi mesin atm, sudah pasti berlaku hilang fokus dan kurang selesa kerana mempertimbangkan pengguna lain yang turut sama ingin menggunakan mesin tersebut.