Wednesday, November 12, 2014

Seminar Teknik Menjawab Subjek Kesusasteraan Melayu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada 30 Sept. 2014 terdapat satu lagi seminar telah berjalan, iaitu Seminar Teknik Menjawab Kesusasteraan Melayu. Seminar ini dijalankan di Bilik Tayangan, SMKSM yang hanya memuatkan seramai 32 orang pelajar dari kelas 5 Gigih sahaja. Dikelolakan sendiri oleh gurunya iaitu Pn. Saidatul Emy Syahida. Seminar telah disampaikan oleh Pn. Faridah binti Shareef dari SMK Serendah dengan jayanya.







Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Moral Peringkat Daerah

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Pada 30 Sept. yang lalu, SMKSM telah menjadi tuan rumah dalam Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Moral anjuran PPDHS. Beberapa buah sekolah telah terlibat. Program tersebut bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Program telah berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Berikut merupakan beberapa gambaran kenangan program tersebut.