Monday, February 27, 2012

MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH 2012


Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah SMK Syed Mashor(SMKSM) telah diadakan pada hari Jumaat bertarikh 13 Januari 2012 bersamaan 19 Safar 1433 Hijrah. Kejohanan ini telah bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Pada kali ini, para pelajar telah diuji dengan trek atau laluan yang baru iaitu melalui kawasan perumahan Liga Mas, Bandar Baru Batang Kali tanpa melalui hutan rimba atau semak samun seperti tahun-tahun yang sebelum ini. Taklimat kepada para guru dan para pelajar telah di buat oleh En.Md.Khuzil Bin Hashim selaku Penyelaras sukan sekolah. Pelepasan para peserta Merentas Desa telah disempurnakan oleh En. Azman Bin Hj.Ab. Jamal selaku YDP PIBG SMKSM. Pelepasan peserta-peserta dimulai dengan lelaki Bawah 18 ,ini diikuti dengan peserta-peserta lelaki B15, Perempuan B18 dan akhir sekali Perempuan B15.