Monday, March 15, 2010

Sekitar Kejohanan Olahraga SMKSM 2010

Kepada Semua guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam

KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA SMKSM 2010

Di dahulukan dengan ucapan ribuan Terima Kasih kerana sudi menjayakan salah satu Program

Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor bagi tahun 2010.....

GAMBAR SEKITAR BERLANGSUNGNYA KEJOHANAN SMKSM 2010

Friday, March 12, 2010

MAJLIS PERPISAHAN PK HEM PN. HASLINA

Sukacita dimaklumkan bahawa Pihak Pentadbiran Bahagian PK HEM kita PN. Haslina

akan bertukar ke sekolah lain dan akan menamatkan perkhidmatan nya di sekolah ini pada hari ini...

Sambutan Majlis Perpisahan telah diadakan untuk beliau.. Semoga beliau dapat meneruskan Perkhidmatan Di Sekolah Baru dengan CEMERLANG...!!!!!!!!!!

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2009

Pada 11/03/2009...

Iaitu Khamis.. Debaran bekas-bekas pelajar SPM SMKSM tahun 2009 berakhir apabila keputusan

SPM telah pun dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia...

Semua pelajar telah pun datang pada hari berkenaan dengan perasan takut, gembira, semangat menanti keputusan diberikan...

Dan setelah keputusan diterima ditangan.. pelbagai reaksi spontan yang dapat dirakam kan. Ada yang gembira sehingga menangis, ada yg suka, bergelak ketawa dan tidak kurang juga yang kecewa dan memperlihatkan muka yang masam dan menangis...

Kami Warga SMKSM mengucapkan TAHNIAH kepada yang berjaya dan kurang berjaya

"SEMOGA ANDA SEMUA MEMPEROLEH KEJAYAAN DI LUAR SANA DAN TERUSKAN BERUSAHA UNTUK MASA HADAPAN "

Wednesday, March 3, 2010

KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA SMKSM KALI KE-32 TAHUN 2010

ASSALAMUALAIKUM..

Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor akan mengadakan

Kejohanan Sukan Olahraga SMKSM 2010 pada 05 MAC 2010 (JUMAAT) yang di jadualkan bermula pada jam 07:30 pagi..

Di harap kepada semua pihak dapat memberikan kerjasama yang baik agar Kejohanan Sukan Olahraga Sekolah yang di adakan julung-julung kalinya ini berjalan dengan lancar...

Kepada semua pelajar dan atlit-atlit yang mengambil bahagian dapat memberikan kerjasama yang baik semasa berlangsungnya kejohanan ini..