Tuesday, September 23, 2014

Majlis Persaraan Tuan Haji Yusof

Pada 13 ogos 2014 merupakan hari yang paling menyedihkan kerana kerana hari tersebut merupakan hari persaraan seorang guru kami iaitu Tuan Haji Yusof. Beliau merupakan seorang guru fizik dan sains. Majlis Persaraan beliau telah dihadiri oleh semua guru SMK Syed Mashor dan YDP PIBG SMK Syed Mashor iaitu Encik Azman bin Jamal yang juga turut meraikannya. Para tetamu dan pelajar dikehendaki berkumpul di dewan sekolah. Suasana sayu menyelubungi dewan sekolah sejurus mendengar ucapan dari Tuan Haji Yusof berucap buat kali terakhir.


 






























Majlis Perlantikan Pengawas 2014


 Majlis Perlantikan Pengawas telah diadakan pada 11 Ogos 2014. Seramai 25 orang pengawas baru telah dilantik. Tahniah diucapkan kepada guru-guru pengawas kerana telah berjaya menyempurnakan majlis ini. Sedikit kelainan pada tahun ini, terdapat anugerah bagi pengawas percubaan terbaik. Anugerah ini sedikit-sebanyak dapat memberi semangat kepada pengawas-pengawas yang baru untuk menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.






















































































 barisan pengawas-pengawas sedang menerima sijil perlantikan.

 Pelajar ini telah menerima Anugerah Pengawas Percubaan Terbaik (Lelaki) sepanjang tempoh percubaan pengawas dijalankan. Tahniah diucapkan kepada beliau.



Ini pula pelajar yang menerima Anugerah Pengawas Percubaan Terbaik (Wanita)
 sepanjang tempoh percubaan pengawas dijalankan. Tahniah juga diucapkan kepada beliau.


 Tahniah diucapkan kepada semua pengawas yang berjaya dilantik. Penerimaan sijil bukanlah hanya sijil semata-mata, tetapi harus diingat, sijil itu datangnya bersama tanggungjawab yang bakal dipikul. Semoga badan Pengawas SMKSM terus kuat dan komited dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Kepada barisan Pengawas tahun 2013, terima kasih di atas komitmen yang telah anda sumbangkan. Allah jua yang akan membalasnya.