Monday, August 22, 2011

XPDC Gunung Kinabalu Dis 2011

Asalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam 1 Malaysia.

Kepada,

Pengetua/Guru Besar,

Sekolah Negeri Selangor.

Ketua PKG

Negeri Selangor.

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

EXPDC Mendaki Gunung Kinabalu, Sabah.

Anjuran Pusat Kegiatan Guru Rawang,Selangor.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sehubungan dengan ini pihak kami ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa PKG Rawang akan menganjurkan XPDC tersebut seperti ketentuan di bawah :

Tarikh : 30 Nov - 04 Dis 2011

Hari : Rabu - Ahad

Jadual : Lampiran disertakan.

3. Kepada mereka yang berminat untuk menyertai sila buat tempahan dan bayaran awal sebelum 16 September 2011. Pendakian ini hanya melibatkan 15 orang peserta sahaja, oleh itu tempat adalah terhad. Sila buat tempahan dengan cepat. Kami memohon kepada pihak tuan agar dapat menghebahkan makluman ini kepada warga sekolah/kerja tuan.

3. Kerjasama dan sokongan tuan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Azmi Sham Bin Hj. Mohamed ditalian 019-3960685.


--
Azmi Sham b Hj.Mohamed,
Pegawai Teknologi Pendidikan,
PKG Rawang.

No comments: