Saturday, December 10, 2011

Awas..Jangan Tertipu..

Awas....

Pengalaman mangsa.....

Modus Operandi:

1. Mangsa terima panggilan daripada no +60321677722 yang mengatakan bahawa panggilan dibuat daripada MBF. Mangsa dikatakan telah membuat transaksi kad kredit di Singapore berjumlah RM9000. Mangsa juga diyakinkan dengan bahawa nama penuh dan no kad pengenalan mangsa adalah benar seperti dalam rekod mereka. Mangsa panik dan menafikan transaksi tersebut. Pemanggil cuba menenangkan mangsa kononnya kes akan dirujuk ke Bank Negara untuk tindakan susulan dan mangsa diminta bersedia.

2. Mangsa terima panggilan daripada +326988044. No dipaparkan pada telefon bimbit mangsa adalah sama seperti no telefon Bank Negara. Pemanggil memaklumkan bahawa rekod perbualan akan dirakam untuk tujuan pengumpulan bukti yang akan dibawa ke mahkamah. Mangsa diminta mengemukakan maklumat yang dikehendaki seperti no kad kredit, no kad atm dan sebagainya. Pemanggil begitu profesional sehingga mangsa terpedaya. Pemanggil juga memberi khidmat nasihat supaya perkara sebegini tidak berulang lagi. Mangsa dimaklumkan kononnya kebocoran maklumat berpunca daripada maklumat yang ada dalam pita magnetik pada kad telah bocor kepada pihak ketiga. Mangsa diminta menunggu panggilan seterusnya daripada pihak teknikal Bank Negara untuk tujuan tetapan semula pada kad atm milik mangsa.

3. Mangsa terima panggilan daripada +60327884722 yang mengaku pegawai Bank Negara untuk membantu mangsa membuat tetapan semula. Mangsa diminta pergi ke mesin atm untuk membuat tetapan. Mangsa juga diugut supaya menyegerakan tindakan tersebut kerana pemanggil perlu menyegerakan kes ini untuk dibawa ke mahkamah. Mangsa diminta memaklumkan baki setiap akaun berdasarkan kad atm masing-masing. Pemanggil begitu profesional dan memberi arahan supaya pindahan sementara perlu dibuat kerana Bank Negara akan menggantung akaun mangsa selama 3 hari sementara siasatan dibuat. Akur dengan arahan dan yakin bahawa kes ini dapat diselesaikan, wang mangsa dipindahkan ke akaun seorang berbangsa Cina. Mangsa dimaklumkan bahawa akaun tersebut adalah akaun peguam yang akan memegang amanah sementara kes ini disiasat. Wang akan dikembalikan kepada akaun mangsa selepas siasatan selesai. Sebenarnya penipuan telah berlaku.

Kenapa mangsa tertipu:

1. Mangsa diugut muflis
2. No telefon yang digunakan adalah no samaran. Panggilan dibuat mengguna VOIP seperti Yahoo Messenger/Skype. Bukan sekadar no telefon Bank Negara, malah no telefon Kementerian yang ada di Malaysia boleh disamarkan. Mangsa terpedaya walaupun membuat semakan.
3. Mangsa panik dan apabila transaksi dibuat menerusi mesin atm, sudah pasti berlaku hilang fokus dan kurang selesa kerana mempertimbangkan pengguna lain yang turut sama ingin menggunakan mesin tersebut.

No comments: