Friday, July 13, 2012

MAJLIS PERSARAAN PN.HJH SITI KHALIJIJAH BINTI HJ.HASSAN


Majlis Persaraan "Lambaian Kasih" atau " Jasamu Dikenang" Puan Pengetua SMK.Syed Mashor telah diadakan pada 14 Jun 2012 iaitu pada hari Khamis bermula pukul 8.30 pg bertempat di Dewan Suluh Budiman kemudian diteruskan lagi di Hotel Seri Malaysi, Genting Highland. Beliau bermula sebagai pengetua di SMKSM pada tahun 2004 hingga 2012 pelbagai jasa dan sumbangan yang telah beliau berikan kepada sekolah ini. Nama PN.HJH SITI KHALIJIJAH BINTI HASSAN selaku Pengetua cukup dikenali samada peringkat Daerah Hulu Selangor (PPD), Negeri Selangor (JPN) dan Kemeterian Pelajaran Malaysia (KPM).


                    SEPANTUN KENANGAN BERTAUT SAYANG


                  Harum semerbak si bunga melur,                 
Jadi hiasan taman larangan,
Sejambak pantun mesra dihulur,
Setulus ingatan mengimbau kenangan.

Kicak kicau mendayu-dayu,
Tumbuh berangan di hujung desa,
Sebak di dada pilu di kalbu,
Sejuta kenangan segunung jasa.

Terbang melayang sianak kedidi,
Tersenyum kenari berteman merpati,
Bonda tersayang menabur budi,
Kami di sini meraih bukti.
 Cantik tergubah bunga melati,
Merimbun celagi di tengah belukar,
Pandan Indah tempat berbakti,
Melangkah pergi amatlah sukar.

Mekar segar pohon dedalu,
Dililit pula dedaun pepaku,
Sepuluh tahun pantas berlalu,
Kutahu hidupmu penuh berliku.

Bunga cempaka menghias jemala,
Tepian selasih mengharum kekwa,
Suka duka kau himpun segala,
Dalam bersedih engkau tertawa.



 Mekar memutih pohon pedada,
Melambai puding di pinggir rawa,
Alangkah sedih nasibmu bonda,
Telunjuk dituding menusuk ke jiwa.

Tampak berbayang cahaya pelita,
Terbang rerama ke tengah dahan,
Surat layang menghimbau derita,
Luluhlah atma menangkis tuduhan.

Pohon kuini banyaklah dahan,
Tempat sibubut mencari makan,
Pernah dihujani pelbagai cemuhan,
Isu rambut ibu bapa persoalkan.

Bunga mawar merona merah,
Mekar menguntum di sisi angsana,
Bonda orangnya amat pemurah,
Sanggup berhabis di sini di sana.


Burung merbah sayap berdarah,
Tertusuk duri di tepi kesuma,
Tetap tabah mencipta sejarah,
Bidang Kokurikulum  menempa nama.

Bertalu gedombak seindah irama,
Diiring biola di tengah halaman
Bidang Akademik teraju utama,
Lantang bersuara terpana teman.

Bunga semalu berkembang rancak,
Sayang berduri menghiris seraya,
Bonda berlalu tatkala di puncak,
DG 54 penamat kerjaya.


Anak serani dalam kasmaran,
Ilmu di dada menjadi teman,
Dewasa kami penuh cabaran,
Pesanan bonda jadi pedoman.

Hujung daksina merimbun celagi,
Beralun tualang indah bersemu,
Walau ke mana diriku pergi,
Insan sepertimu takkan ketemu.

Alangkah dinginnya menjelang senja,
Mentari terbenam diufuk barat,
Doaku ikhlas untukmu sahaja,
Bahagia di dunia hingga akhirat.


Kredit kepada : CikguNorainimy

                                         




































































































































































No comments: