Saturday, February 20, 2016

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2016 PERINGKAT SEKOLAH

Kejohanan merentas desa sentiasa dinanti-nantikan oleh para pelajar dan guru kerana acara ini dapat menonjolkan sikap kerjasama antara pasukan. Sudah pasti setiap pelajar akan berebut-rebut untuk mendapatkan tempat pertama sehingga ke-20 dan ingin menyumbang mata untuk rumah sukan masing-masing. Pada 22 Januari 2016 (Jumaat), pihak sekolah telah mengadakan Hari Kejohanan Merentas Desa 2016. Tahniah diucapkan kepada rumah sukan merah kerana berjaya menjadi johan bagi tahun 2016 ! Tahniah juga kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tempat pertama sehingga ke-20.
































































































































































No comments: