Samsung Employee Volunteer Programme 2017
Tarikh : 24 Julai - 28 Julai 2017
 |
| Ketibaan para sukarelawan dari Samsung Electronics Korea. |
 |
Ketibaan sukarelawan disambut mesra oleh
Pn. Sabariah Md. Kassim selaku Pengurus Acara Samsung Employee Volunteer Programme |
 |
| Sebahagian daripada 33 orang sukarelawan dari pada Korea yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke SMK Syed Mashor |
 |
| Kelihatan di belakang, bas yang membawa sukarelawan dari hotel penginapan ke sekolah. |
 |
| Para sukarelawan sedang khusyuk mendengar taklimat program di Bilik Tayangan. Para sukarelawan menerima goodie bag yang berisi juadah tempatan dan dihidangkan dengan teh 'o' panas. |
 |
| Gambar tenaga pengajar yang terdiri daripada sukarelawan Korea bersama anak didik mereka . |
 |
| Pelajar pra-u diberi peluang mengikuti kursus penyenggaraan komputer. Kursus diadakan di Bengkel Elektronik KHB. |
 |
| Salah seorang murid yang mengikuti kursus ICT bersama sukarelawan. |
 |
Ariel Oh yang merupakan tenaga pengajar bagi kursus MS Excel dan Access sedang memberi bimbingan kepada
cikgu Sulaiman yang merupakan salah seorang peserta kursus. Ariel turut dibantu oleh Harry. |
 |
| Pn. Chin mendapat tunjuk ajar dalam kursus Google Doc. Beliau merupakan salah seorang daripada 15 orang guru dan pentadbir yang menyertai kursus tersebut. |
 |
| Para sukarelawan bertungkus-lumus mengecat mural di luar makmal ICT |
 |
| Mural yang telah dicat di luar makmal ICT. |
  |
| Sukarelawan Samsung mengambil peluang mengenali permainan tradisional semasa waktu rehat . |
  |
| Para sukarelawan bersama CEO Pengurusan Korporat Samsung Elektronik Malaysia bersukan di sebelah petang dengan bermain bola tampar. |
 |
| Gambar kenangan para sukarelawan bersama pemain bola tampar yang mewakili sekolah. |
No comments:
Post a Comment