Thursday, July 4, 2013

Majlis Perpisahan Tn Hj. Razak

Tanggal 25 Mei 2013 ,  satu majlis ringkas telah diadakan sempena perpisahan Ketua Guru Bimbingan Dan Kaunseling SMK Syed Mashor iaitu Tuan Hj Razak Bin hj Yusof . Beliau akan berpindah ke SMKBBBK kerana di naikan pangkat sebagai PK Petang. Tahniah diucapkan.



Masih ingatkah dikau Tn.Hj Razak,membuka jalan untukku berkarya di laman kerdil ini,
Memotret kenangan SMK. SYED MASHOR,bersemadi berkubur di hujung jejari,
Moga menjadi kenangan sepanjang hidup ini,
Agar diingati hari demi hari..

Kami semua amat menyanjung dedikasi dan komitmen Tuan Hj terhadap sekolah,
Walau sibuk dengan pelbagai tugas, bukan alasan untuk Tuan Haji  ponteng bertugas,

Sambutan meriah di hari perpisahan, petanda dekatnya Tuan Haji di hati warga sekolah,
Guguran airmata sahabat dan anak-anak, petanda sayangnya melepaskan Tuan Haji melangkah,
Doa dan harapan bukannya payah, moga terus kekal mencurah kudrat,
Di SMK.BANDAR BARU BATANG KALI bakal keringat tercurah..

Sayonara dan maafkan segala kesilapan dan keterlanjuran kami semua,
Semoga Tuan Haji mendapat ramai lagi sahabat seistimewa kami..Insyaallah.


















































No comments: