Wednesday, July 3, 2013

SAMBUTAN HARI GURU 2013

Alhamdulilah tanggal 16 Mei 2013 , SMK Syed Mashur telah mengadakan sambutan Hari Guru dengan meriahnya. Kalau kebiasaan sambutannya dianjak tetapi tahun ini tepat 16 Mei ianya disambut.
Bermula para guru diraikan dengan jamuan di kantin sekolah seterusnya diarak dengan paluan kompang ke Dewan Keramat Suluh Bakti. Tema pakaian tahun ini adalah batik ungu begitu menyerlah sekali bersesuaian dengan tema Hari Guru 2013 iaitu "1 ASPIRASI 1 AGENDA"


Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


GURU-GURU SMK SYED MASHOR 
ANDA MEMANG HEBAT 
ANDA MEMANG CEMERLANG 
NAMAMU SENTIASA TERATAS






















































No comments: