Tuesday, September 23, 2014

[16 Jun 2014] Sambutan Hari Lahir Warga SMKSM

Pada 16 Jun yang lalu, satu majlis ringkas telah diadakan sewaktu perhimpunan rasmi sekolah untuk menyambut serta memperingati hari lahir semua warga sekolah yang lahir sepanjang bulan Mei hingga Ogos.


Majlis serba ringkas ini diadakan sebagai tanda kasih sayang pihak sekolah terhadap warganya. Dua buah kek sebagai simbolik telah dipotong oleh wakil guru yang turut meraikan. Nyanyian lagu Selamat Hari Jadi dan Allah Selamatkan Kamu juga turut dinyanyikan. Setiap wakil kelas diminta naik ke pentas untuk menerima kad ucapan hari lahir.





 Antara wakil guru yang turut dirai sedang memotong kek sebagai simbolik.
























Antara wakil pelajar dari setiap kelas yang menerima kad ucapan hari lahir.

No comments: