Alhamdulillah, bersyukur ke atas rahmatNya.
Pada tahun ini, julung kalinya SMKSM menyertai Pertandingan Surau Peringkat
Daerah Hulu Selangor. Kelolaan sepenuhnya oleh Jabatan Kemanusiaan, khususnya
Panitia Pendidikan Islam. Surau telah diimarahkan dengan aktiviti-aktiviti keagamaan dan keilmuan. Hasil
berkat usaha, keprihatinan dan kegigihan AJK-AJK surau, juga bantuan
pelajar-pelajar tingkatan 6, SMKSM telah berjaya menggondol JOHAN KESELURUHAN
Peringkat Daerah 2014. InshaAllah, sama-samalah kita berdoa semoga surau kita
sentiasa berada di bawah lembayungNya. Sama-sama juga kita berdoa semoga di
peringkat negeri nanti, rezeki masih milik kita. Aaminn…….
Antara barisan juri-juri hakim yang sedang membuat penilaian.
Pn. Maizatul Akmam sedang membuat pembentangan berkaitan semua aktiviti surau.
No comments:
Post a Comment