Thursday, October 23, 2014

Jamuan Akhir Tahun Majlis Pengawas dan Kepimpinan Pelajar sesi 2014


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah satu lagi program telah selamat dilaksanakan. Kali ini admin ingin berkongsi dengan pembaca semua berkaitan dengan Majlis Jamuan Akhir Tahun Pengawas dan Kepimpinan Pelajar SMKSM.

Majlis ini telah diadakan pada 27 September 2014 (Sabtu) pada jam 11.00 pagi - 1.00 petang di Dewan Suluh Bakti. Tujuannya adalah untuk memberikan penghargaan kepada semua pengawas yang telah mencurahkan khidmat bakti kepada sekolah.

Penyampaian sijil kepada AJK Tertinggi Majlis Pengawas, Pengawas Tingkatan 5 dan 6 Atas telah dibuat oleh Pn. Hjh Hafizah binti Khairuddin. Manakala bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) telah disampaikan oleh Pn. hjh. Raudah binti Mustafa.    

Berikut merupakan sedikit rakaman kenangan sepanjang majlis berjalan.                                                              










Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada para jemputan yang hadir. Terima kasih juga kepada orang kuat majlis iaitu Pn. Zarina binti Musa, Pn Saidatul Emy Syahida binti Mohd Nazari dan En. Wan Zulnasri bin Wan mohd kamal yang merupakan guru pengawas pada tahun ini.

Semoga Badan Pengawas dan Kepimpinan Pelajar SMKSM akan terus mantap dan bersemangat serta sentiasa komited dalam menggalas tanggungjawab.

No comments: