Wednesday, October 15, 2014

Taklimat Kerjaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Buat pembaca setia blog SMKSM, terlebih dahulu admin ingin memohon ampun dan maaf kerana keterlewatan admin dalam mengemaskini blog.

Kali ini admin ingin berkongsi dengan pembaca semua berkaitan program yang telah diadakan sepanjang bulan September yang lalu. Minggu yang sibuk, bulan yang sibuk dan tahun yang sibuk..Pelbagai perubahan telah berlaku. Segalanya ada yang last minute dan sememangnya yang dirancang, Walau bagaimana pun, rakan guru yang hebat, pelajar yang hebat, semuanya berjaya dilaksanakan.

Baiklah, berbalik kepada entri kita kali ini, iaitu berkaitan Taklimat Kerjaya yang telah dianjurkan oleh badan kaunseling sekolah. Taklimat telah berlangsung pada 2 September 2014 oleh En. Asmanieyadi, juga merupakan kaunselor sekolah kita. Taklimat telah diadakan di Dewan Suluh Bakti. Kesemua peserta meliputi pelajar tingkatan 5.

























No comments: